Monday, June 14, 2010

Jangan selesa dengan kemenangan


Budaya selesa apabila mendapat kemenangan merupakan ancaman terhadap PAS di Kedah. Sebab itu ahli-ahli PAS kena berhati-hati kerana cabaran yang datang terlalu banyak.
Demikian ingatan yang diberikan oleh Naib Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man sewaktu berucap dalam program ceramah yang diadakan di SRIBAH, Jalan Datuk Kumbar.
Cabaran datang dalam pelbagai bentuk, misalnya di peringkat awal pegawai-pegawai kerajaan masih takut untuk bersama kerajaan pilihan rakyat di peringkat negeri. Mereka mungkin takut PAS akan kalah dalam pilihanraya umum akan datang dan Umno kembali berkuasa.
“Umno boleh diibaratkan seperti anjing dalam mengganggu kita. Jika kita lari dia lagi akan kejar,” katanya.
Semua gangguan ini akan lebih reda jika kita menang menawan Putrajaya seperti mana Rasulullah SAW dahulu berjaya menawan Kota Mekah.
Turut berucap dalam majlis ceramah ini ialah Exco Kerajaan Negeri Kedah, YB. Dr Ismail Salleh dan Ketua Pemuda PAS Negeri Ustaz Ahmad Yahya.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment