Friday, June 11, 2010

RUMAH KENA RIBUT DITAMAN WIRA MERGONG














11JUNE2010,Ribut angin kencang telah melanda Taman Wira Mergong Alor Setar kira kira jam 1.00 tengah hari waktu umat islam hendak pergi kemasjid bagi menunaikan solat jumaat.Sebanyak 20 buah rumah terkena akibat ribut yang melanda,kebanyakan rumah didapati bumbongnya tertanggal dan berterbangan.Atas tindakan cepat ketua ketua kampong dan PA Dr Ismail(sdr Khor Eng Hin)rumah rumah tersebut dapat dibaiki segera.Bantuan diperolehi dari kerajaan negeri melalui bahagian perumahan dipejabat wisma.Sebuah kemah sementara didirikan bagi tujuan menerima sebarang masaalah atau aduan daripada penduduk penduduk yang terlibat.Beberapa orang Ahli Majlis dan ADUN serta Penghulu juga kelihatan berada ditempat kejadian untuk mendengar sebarang masaalah yang dihadapi.Salah seorang pendudok terlibat Cheng Kok Heng amat terharu dan mengucapkan banyak terima kasih kepada ketua kampong dan kerajaan.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment