Thursday, June 10, 2010

Selamat Bermuktamar - YDP




Selamat bermuktamar diucapkan kepada semua perwakilan Pas Kawasan Alor Setar.

Kutiplah segala ilmu dan perangsang semasa bersidangnya muktamar kali ke 56 ini.Ambil dan bawa balik segala pengalaman yang diperolehi sepanjang muktamar ini untuk seterusnya disebarkan dan dipraktikan sepanjang satu tahun yang akan datang diperingkat kawasan.

Semoga dengan segala ilmu dan semangat yang diperolehi akan mampu mengubah dan memperkuatkan lagi Pas Kawasan Alor Setar.

Kepada peserta muktamar dan pemerhati,gunalah peluang sepanjang tiga hari ini untuk membina kekuatan diri dalam perjuangan untuk mengharungi setahun yang akan datang.

SELAMAT BERMUKTAMAR

No comments:

Post a Comment

Post a Comment