Sunday, June 6, 2010

Yb Dr Ismail turun padang




Alor Mengkudu,6 Jun - Hujan lebat yang turun mencurah-curah kelmarin dan semalam telah menyebabkab banjir kilat di beberapa tempat di Alor Mengkudu.

Sudah tentu dua taman yang terlibat dengan banjir itu ialah Tman Bee bee Park dan Taman Saga Fasa 2.

Bee bee Park adalah diantara taman yang tertua di Alor Setar.Masalah utama yang menyebabkan banjir kilat berlaku berulang kali di taman ini ialah kedudukanya yang memang rendah.Apatah lagi paras semua taman-taman baru disekitar Bee bee Park lebih tinggi.

Sementara penyelengaraan longkang dan kedudukan yang rendah di Taman Saga 2 menjadi penyebab kepada banjir kilat kelmarin.

Untuk menyelesaikan masalah ini satu gotong royong akan diadakan pada hari Jumaat ini,11 June untuk membersih longkang dan kawasan disekitar.

MBAS telah meluluskan satu peruntukan untuk membuat dan mendalamkan lagi longkang yang sedia ada untuk penyelesaian jangka panjang.

Yb Dr Ismail meneruskan lawatanya semalam bersama dengan Ahli Majlis Bandaraya Alor Setar,Teh Kok Soo dan MKK kampung Ganding,En Romli untuk melihat banjir kilat yang berlaku dikampung Ganding dan longkang tersumbat disekitarnya.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment